Friday, August 21, 2015

Siem Reap 4D3N



Assalamualaikum..

Lama tinggal blog ni kan.hehe.sibuk kot.siang keje. Balik pun rasa dah penat. Nak buka lappy pun dah naik malas sebab mata berat je minta untuk berehat. Tapi tak pe sebab kali ni aku nak kongsi citer percutian aku ke Siem Reap. Memandangkan cik abg aku tak nak ikut, jadi aku pergi dengan ofismate aje la.

Aku pegi memana pun aku suka tengok cara kehidupan orang. Tak kisah la negara sendiri ataupun luar negara. Tak banyak sangat pembangunan kat sana. Sejarah kemboja ni korang boleh baca kat tenet. Nk cerita sume kang panjang plak. Semua pembelian kene pakai matawang USD. Tapi penggunaan USD ni utk tourist je la. Untuk warganegara diorang pakai currency Cambodian Riel. Jadi pepandai la nak berbelanje. Aku pun cuma beli fridge magnet je. Tu pun dh rasa macam mahal je.

DAY 1
Sampai je kat airport, tuk tuk driver aku dah menunggu dah. Tempahan perkhidmatan tuk tuk ni aku buat sebelum ke sana lagi. Perkhidmatan tuk tuk ni aku amik dengan Salim. Orangnya boleh cakap bahasa melayu. Tapi sampai sana yang bawa kami tu adik ipar dia la plak. Namanye Zakir. Sayangnya Zakir ni tak pandai berbahasa melayu. English pun so so je..macam aku pandai ckp omputih..haha..kalau dia tak faham apa yang kami cakap, dia akan gelak je..Orangnye baik. Keluarga diorang memang buat bisnes tuk tuk. Aku rasa diorang je kot driver tuk tuk yang muslim. Kat sana mostly buddha so korang akan jumpa banyak kuil - kuil & patung - patung buddha. Waktu kat sana awal 1 jam dari waktu malaysia. Memandangkan waktu kami sampai tu masih pagi lagi, jadi tempat pertama yang kami pergi adalah War Museum. Tiket masuk USD5. Pukul 8 pagi dah buka tau. Almost an hour kat sana, kami pegi Wat Thmei (Killing Field). Free je. Tempat yang dikatakan terjadinya peperangan yang paling menyedihkan ketika peperangan dengan Khmer Rouge. Lepas pegi 2 tempat ni, Zakir bawa kami makan tengahari dekat Kitchen Muslim Restaurant. Orang cakap menu yang paling sedap ialah Daging Lembu Naik Bukit. Tapi bagi aku bese aje..haha..sepanjang kami kat sana, cuma 2 restoran je yang menjadi pilihan kami (sebab tu je yang halal..haha) – Cambodia muslim restaurant & Muslim Kitchen Restaurant. Tp aku suggest korang makan kat Cambodia Muslim Restaurant. Harga dia murah skit. Dah kenyang, kami check in hotel..Rehat2 skit.. Disebabkan tengahari hujan, tak dapat la nak ke mana - mana. Petang sikit baru kami keluar. Tu pun hujan rintik2. Tapi redah la.jalan jalan kat tepi kedai dalam bandar tu.dah nak malam baru tuk tuk kami sampai dan bawa kami ke psar chas (night market). Kitorang cuma jalan jalan tengok aje dulu. Nak beli kemudian.hampir 2 jam juga kat sana baru Zakir datang amik kami. Terus balik hotel & rehat. Jarak antara 1 tempat ke tempat tu tak la jauh sangat. Dalam Bandar Siem Reap tu juga.


DAY 2
 Pukul 5.30pg kami dah bertolak ke Angkor Wat sebab nak pegi tengok sunrise. Pihak hotel sempat lagi siapkan berakfast kami. Telur rebus n roti aje. Keluar je hotel tengok Zakir dah menunggu kami. Zakir pun sempat lagi belanja kami kuih. Sampai kat main gate Angkor Wat,kami kena beratur beli tiket. Ramai rupanya yang datang pagi-pagi ni. Tiket masuk USD 20 untuk 1 hari. Cantik tiket masuk dia. Siap ada gambar kita lagi kat pass masuk tu..hehe.unik.Simpan buat kenangan. 1/2 hari je pun kami kat Angkor wat. Tempatnya sangat besar dipenuhi dengan kuil - kuil buddha dan istana lama. Cantik pemandangan kat situ. Tapi tak semua kuil yang kami jelajah. Tak larat nak jalan. Besar sangat. Yang paling aku kagum ukiran di setiap dinding bangunan tu. Hasil seni yang sangat halus. Last tempat kami pegi adalah Ta Phrom. Tempat Angelina Jolie berlakon Filem Tomb Rider tu. Balik dari Angkor Wat kami makan tengahri then balik hotel rehat. Petang tu kami pegi Cambodian Cultural Village. Tiket masuk USD15. Sampai ke malam kami lepak sana. Dalam tu kami boleh tonton pertunjukkan daripada kaum - kaum yang ada di Kemboja.




DAY 3
Kami keluar lambat sikit. Walaupun dah makan kat hotel, tapi Zakir still belikan kami kuih untuk alas perut. Baik kan dia.haha..Untuk hari ketiga ni kami jalan - jalan ke pusat pusat kemahiran diorang. Semuanya free. Tempat pertama kami jelajah adalah Angkor Silk Farm, tempat penghasilan benang sutera dan kain sutera. Diorang pun ada bela ulat sutera. Lepas ke sana, Zakir bawa kami ke Artisan D’ Angkor. Tempat untuk hasilkan barangan mengkuang, sabun, perfume candle dan rempah ratus. Last kami pegi juga di panggil Artisan D’ Angkor tapi tempat untuk hasilkan barangan perak, hasil lukisan dan patung patung ukiran tangan. Patung - patung ni diperbuat daripada kayu dan batu. Petang kami ke Psar Chas semula. Sempat juga buat foot massage (USD 5 je).Lenguh jalan - jalan..Hehe.Lepas je massage, kami soping sikit.Beli fridge magnet & keychain. Aku beli juga baju untuk mikhail n papa mikhail. Malam pulak duit yg kami kumpul tu masih ade balance, so kami pegi tengok circus (USD18). Circus ni tak ade haiwan. Cuma aksi akrobatik je. Menarik juga.hehe. 

DAY 4
Pagi - pagi lagi kami dah bertolak balik. Zakir belikan kami kuih bahulu. Macam bahulu kita jugak. Hari - hari dia bekalkan kami air mineral. Yang paling tak best that time, I left my phone at hotel..Dah naik flite baru aku perasan yang phone aku tak de..haha..termenung jauh la sepanjang penerbangan tu. Nasib baik Zakir ade & kebetulan lepas hantar kami ke airport, Zakir bawa customer dari M’sia juga. So dia tolong amik & passed phone aku kat budak tu. Now aku dah dpt balik phone tu..hehe..Lepas ni nak gi mana plak ye..haha..
 

1 comment:

  1. Syok la nik. Tpi skrg nk abroad dh xsyok. Matawang kita hancusss..

    ReplyDelete