Saturday, September 29, 2012

..Oh Endometriosis..

Assalamualaikum..
Hi kwn2 sume..ni entry pertama aku..actually xtau nk crite ape kt dalam ni..tp ade jg la crite2 yang blh dikongsi bersama..

Ogos 2011..memandangkan dah setahun lebih aku masih lg x pregnant, jd me n husband decided pegi jumpa doktor gynae kat SALAM Specialist..cek punya cek rupanye ade sumthing yg jd penyebab aku xdapat pregnant..rezeki tu Allah yang bagi..tp kita sbg manusia harus berusaha..hehehe..so bila doc scan terus nampak cyst dikedua2 belah ovari aku..that's called Endometriosis..disebabkan salah satu drp cyst membesar terlalu cepat, aku dinasihatkan spya menjalani pembedahan..kene buat Laparoskopi..tebuk 3 lubang kt bahagian bwh perut..jd tuk kwn2 aku..sesekali kene pegi check up jg..buat ultrasound ataupun pap smear sbb ovarian cyst ni kdg2 kita x sedar kewujudannye..kt sini aku tulis skit fakta2 tentang Endometriosis tuk tatapan kwn2..

ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid.

Komplikasi Endometriosis

Masalah yang sering dihidapi oleh mereka yang mengalami endometriosis ialah:
  • Sakit senggugut
  • Sakit pada ari-ari
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar Hamil
Tahap sakit pada pelvis yang disebabkan oleh endometriosis adalah berbeza-beza. Ia mungkin sakit sederhana yang sentiasa ada sepanjang masa dan mungkin juga sakit yang sungguh teruk yang menyerang sekali-sekala. Ia mungkin juga mungkin bertempat di kawasan ari-ari sahaja dan ada juga yang sakit sampai belakang pinggang.

Kadang-kadang tahap kesakitan tidak berkait langsung dengan keadaan atau keterukan endometriosis. Ada yang mengalami sakit yang luar biasa tetapi mempunyai endometriosis tahap ringan dan, ada juga yang mengalami endometriosis yang begitu teruk, tetapi tidak mengalami apa apa simtom.

Mengesan Endometriosis

Doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan anda dan symptom yang anda hadapi. Pemeriksaan faraj adalah penting untuk mengesan samada terdapat pembengkakan, kesakitan, dan sebarang ketidaknormalan pada system peranakkan. Ultrasound boleh menolong untuk melihat sebarang cyst yang timbul dari komplikasi endometrisis.

Tetapi, satu-satu cara yang boleh mengesan penyakit ini dengan tepat ialah melalui prosedur yang dinamakan laparoscopy. Pesakit akan dibius secara keseluruhan dimana pesakit dalam keadaan tidak sedar, dan pakar bedah akan membuat hirisan kecil pada kawasan berdekatan dengan pusat. Satu alat teleskop yang mempunyai camera kecil akan dimasukkan pada hirisan tersebut dan organ organ dalaman akan diperhatikan dengan teliti untuk sebarang tanda tanda endometriosis. Saiz, lokasi, dan bilangan ketumbuhan endometriosis akan dicatat. Kadang-kadang doktor terpaksa mengambil sedikit biopsi supaya diagnosis yang tepat dapat dilakukan.

Rawatan Endometriosis
Untuk menghalang kerosakkan yang serius pada system peranakan anda, adalah sangat penting untuk merawat endometriosis ini secepat mungkin.
Sesungguhnya, tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya 100%, tetapi terdapt beberapa rawatan yang boleh mengurangkan kesakitan anda dan mengekalkan kesuburan anda.

Rawatan ubat-ubatan

Terdapat banyak ubat yang boleh mengurangkan simtom endometriosis.
  • Ubat tahan sakit
  • Pill Perancang
Rawatan pembedahan

Sekiranya ubatan tidak memberikan hasil yang memuaskan, doktor akan menyarankan pembedahan seperti endometrial ablation. Pembedahan cystectomy disarankan kepada mereka yang mengalami endometriotic cyst.