Thursday, September 26, 2013

"Back In Time" Dinner

Assalamualaikum

25-9-2013 baru baru ni, company aku ade buat annual dinner. Ramai juga yang hadir malam tu. Ramai yang aku tak kenal. Ye la. Baru 2 tahun aku keje dengan IJM ni. Kenal pun kengkawan Seremban 2 ni je.Ahaks..Tema tahun ni adalah Back In Time 70s & 80s. Tema ni sempena ulang tahun IJM yang ke 30.Maksudnye IJM ni dah pun 30 tahun..Dah banyak divisyen yang ada dalam company ni. ramai yang pergi dan ramai juga muka muka baru..contohnye aku la..ahaks.

Sebenarnya aku mengalami kesukaran untuk memilih pakaian yang sesuai untuk majlis tu..After discussed dengan kengkawan,kami sepakat untuk pakai baju kurung..kan dari dulu sampai sekarang baju kurung merupakan baju tradisi kita..cuma paten berbeza..ade yang pakai kebaya, peplum..aku pulak lebih senang dengan dengan baju kurung moden..Baju tu plak baju kegemaran aku..Designed by Jovian Mandagie.

Malam dinner tu ade artis jemputan.Ferhad & Helmi gimik..Tak sangka ye Helmi gimik pandai berbahasa kantonis dan tamil..Rasa kagum bila tengok dia berbicara dan melawak dalam pelbagai bahasa..No wonder la orang cakap dia selalu dapat undangan ke majlis majlis begini. Bagus kan.

Ok..Ni je gambar yang sempat aku snap masa dinner tu.





Tuesday, September 10, 2013

Treasure Hunt 2013

Assalamualaikum..


Ahaks..Dah lama aku tak hapdate blog ni..bersawang-sawang dah haih..ahaks..al maklum la..busy katakan..busy ape aku pun tak tau..

Bersiap siap untuk mencari jawapan..
Hokeh..Ini cerita tentang company treasure hunt dari KL ke Penang..Tahun lepas ke Melaka tapi tak sempat join..Aku join dengan ofismate aku..kira 1 kereta 4 orang..tapi kami semuanya pompuan tau..yang jadi driver nye aku ler..ahaks..mau tak sakit 1 badan bawa keta jauh2.. bukannya direct ke penang tau..kene masuk pekan Bidor, pekan Tapah lagi..yang jadi co pilot tu penting sebab dia kene baca ‘Tulip’ aka direction..kalau tak pandai baca sesat la jawabnya..so far co pilot aku bagus..bacaan tepat..kenapa diorang panggil tulip pun aku tak tahu..tapi soalan dia mencabar minda betul..yang jadi susah sebab nak kene tengok setiap papan tanda kedai satu persatu..banyak kot kedai2 tepi jalan..hadoi..then passenger yang kat belakang pun penting sebab diorang la kene jawab dan fikir soalan-soalan yang diberi..

 
Pukul 7 pg kami dah berlepas..sempat la snap gambar sebelum berlepas tu..ahaks..Last terminal kami dekat Sg Bakap je..lepas hantar semua soalan-soalan, kami terus gerak ke Penang Island..Kami bermalam di Rainbow Paradise Resort.. Berbaloi la penat kami.. sebab hotel dia chantekk..ahaks..


Window shopping..
Sebelah malam pula ada BBQ dan acara penyampaian hadiah untuk pemenang.. walaupun kami tak menang, at least dapat juga voucher.. Habis je BBQ tu kami jalan-jalan kat Batu Feringghi Night Market.. Orang cakap now musim pak arab shopping kat sini..patut la ramai betul pak arab kat sini..barang-barang kat nite market ni pun mahal2.. handbag rm50 yang kita selalu tengok kat uptown cheras tu boleh cecah rm200 tau..terbeliak biji mata nengoknye..

Esoknya..sebelum bertolak kami sempat jalan jalan kedai asam, Geogetown, Royal Selangor Gallery..Jauh tu pergi tengak gallery pewter..Padahal yang ada kat Selangor ni tak de plak pergi..hoho..Agak lewat juga sampai ke KL sebab kami bertolak pulang pun dah petang..
   

***Penattpseronok***