Saturday, December 21, 2013

Vietnam In Memory

Assalamualaikum

Hi frens out there..Jarang-jarang je aku bercerita dalam blog ni.Nak kata tak ada masa tak juga, ada masa pun tak juga.hehe..ehem.ehem..kali pasal Vietnam. Aku pergi sana awal bulan Disember baru ni selama 4 hari 3 malam. So far Malaysia ni aku dah habis round dah..cuma pulau-pulau yang cantik-cantik je belum pergi lagi. Vietnam ni adalah negara kedua yang aku pergi selepas Brunei. Sori la kawan..tak dapat nak kongsi gambar-gambar kat Brunei. Laptop en SW rosak. so gambar-gambar kat dalam tu hilang la semua. Tapi tak apa..aku kongsi pengalaman ke Vietnam dulu la ek..Sebelum pergi dah buat persiapan dah..print peta dan segala maklumat yang patut.

Hari pertama - Sampai je Than Son Nhat Airport, Ho Chi Minh City aku terus amik naik bas ke hotel..Aku tak nak naik teksi sebab teksi kat sini banyak cekik darah.Ramai dah yang terkena.So aku berjaga-jaga la..Kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila baca Trip Advisor..Banyak maklumat tentang seluruh negara kat situ..Jadi daripada situ mudah la aku nak berjalan-jalan..Untuk pengetahuan korang, aku tak pakai travel agent pun sebab senang aku nak ke mana- mana..Hari pertama ni aku tak jalan jauh-jauh..sekitar pasar tu je..dekat dengan kedai makan halal..kalau korang datang sini jangan lupa minum kopi vietnam..perghh..best..kopi yang pekat dan lemak..hehe..aku suka kopi..sedap kopi dia..kat mana-mana pun ade orang jual..Tapi udara kat sini tercemar dengan debu dan asap.

Kebetulan pulak mikhail demam


Ni namanya Hi Chi Minh Square
Hari Kedua - Aku jalan-jalan mengenali Bandar Ho Chi Minh..Tujuan aku nak tengok kehidupan orang-orang sini..Shopping tu belakang kira..Tapi kebanyakkan orang Malaysia datang sini tuk shopping tau..Bandar Ho Chi Minh sibuk..Mostly motor..kereta pun banyak teksi je..Aku lebih senang berjalan kalau nak ke satu tempat ke tempat yang lain..sebab tempat-tempat yang nak dituju tu tak la jauh sangat..Paling jauh pun cuma 2km je..oke la tu kan..panas la sikit.Paling takut bila nak lintas jalan..Tak payah tengok kiri kanan dah..terus lintas je..Nanti motor-motor akan elak-elak je masa kita melintas tu..Kalau tunggu tak melintas la jawabnya..Aku keluar pagi, tengahari dah boleh habiskan tempat-tempat pelancongan yang ada..Usai solat zohor aku jalan-jalan ke Ben Thant Market..Pasar ni buka sampai pukul 5 ptg je..sebelah malam diorg akan sambung berniaga di luar pasar..kira pasar malam la..harga lagi murah..hehe..Aku cuma beli kain cotton pasang dan buat sepasang baju vietnam..Nak membeli kena pandai tawar..Korang tawar la sampai dah tak boleh tawar..baru puas hati..

Ni dekat War Remnants Museum
Motor merupakan pengangkutan yang utama di Ho Chi Minh
Reunification Palace - Kediaman presiden Vietnam
Notre Dame Cathedral - Gereja senibina Perancis
Saigon Central Post Office

Orang cakap kalau tak datang sini tak wajib - Tapi aku tengok biasa je..hehe

Papa dan Mikhail yang masih demam - Duk hotel tak nak..keluar jalan-jalan diam je budak ni.


Hari Ketiga - Oke..Cuma yang ni aku kena amik tourist guide.Sebab aku nak ke Chu Chi Tunnel.Terowong laluan masa Perang Vietnam dulu..Amik pun sebab tempat dia agak jauh.2 jam perjalanan baru sampai..On de way tu ade la dia beberapa perhentian..Sampai petang gak la..Malamnya macam biasa, jalan - jalan kat Pasar Malam Ben Thant lagi..Gigih jalan - jalan..sempat lagi pekena kopi Vietnam..oh ya..satu lagi yang paling best kat sini adalah Pho'. Pho' ni macam mee hon sup la kalau kat malaysia..tp Pho' Vietnam ni sedap.hehe.

Ni la kopi Vietnam.Cara penyediaan pun lain dari yang lain.

Tengok je.Beli tak.haha

Sib baik demam Mikhail dah kebah time ni.

Tempat rehat tentera Vietnam - P/S dalam tunnel ni tau..huhu


And hari keempat aku dah balik dah..Tapi memandangkan flite aku kul 2pm, jadi sempat lagi aku jalan-jalan sekitar bandar Ho Chi Minh tu.Aku pegi Russian Market dan Skydeck - Bitexco Financial Tower tuk tengok pemandangan Bandar Ho Chi Minh dari atas..Tapi dua tempat ni aku tak suggest la untuk korang pegi sebab tak de apepun..

Sempat lagi posing kan..
Penat cari Market ni.Tapi sayang sebab barang yang dicari tak jumpa.
Next vacation tak tau lagi nak pegi mana..Kena tengok kewangan dulu..hoho..