Saturday, December 21, 2013

Vietnam In Memory

Assalamualaikum

Hi frens out there..Jarang-jarang je aku bercerita dalam blog ni.Nak kata tak ada masa tak juga, ada masa pun tak juga.hehe..ehem.ehem..kali pasal Vietnam. Aku pergi sana awal bulan Disember baru ni selama 4 hari 3 malam. So far Malaysia ni aku dah habis round dah..cuma pulau-pulau yang cantik-cantik je belum pergi lagi. Vietnam ni adalah negara kedua yang aku pergi selepas Brunei. Sori la kawan..tak dapat nak kongsi gambar-gambar kat Brunei. Laptop en SW rosak. so gambar-gambar kat dalam tu hilang la semua. Tapi tak apa..aku kongsi pengalaman ke Vietnam dulu la ek..Sebelum pergi dah buat persiapan dah..print peta dan segala maklumat yang patut.

Hari pertama - Sampai je Than Son Nhat Airport, Ho Chi Minh City aku terus amik naik bas ke hotel..Aku tak nak naik teksi sebab teksi kat sini banyak cekik darah.Ramai dah yang terkena.So aku berjaga-jaga la..Kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila baca Trip Advisor..Banyak maklumat tentang seluruh negara kat situ..Jadi daripada situ mudah la aku nak berjalan-jalan..Untuk pengetahuan korang, aku tak pakai travel agent pun sebab senang aku nak ke mana- mana..Hari pertama ni aku tak jalan jauh-jauh..sekitar pasar tu je..dekat dengan kedai makan halal..kalau korang datang sini jangan lupa minum kopi vietnam..perghh..best..kopi yang pekat dan lemak..hehe..aku suka kopi..sedap kopi dia..kat mana-mana pun ade orang jual..Tapi udara kat sini tercemar dengan debu dan asap.

Kebetulan pulak mikhail demam


Ni namanya Hi Chi Minh Square
Hari Kedua - Aku jalan-jalan mengenali Bandar Ho Chi Minh..Tujuan aku nak tengok kehidupan orang-orang sini..Shopping tu belakang kira..Tapi kebanyakkan orang Malaysia datang sini tuk shopping tau..Bandar Ho Chi Minh sibuk..Mostly motor..kereta pun banyak teksi je..Aku lebih senang berjalan kalau nak ke satu tempat ke tempat yang lain..sebab tempat-tempat yang nak dituju tu tak la jauh sangat..Paling jauh pun cuma 2km je..oke la tu kan..panas la sikit.Paling takut bila nak lintas jalan..Tak payah tengok kiri kanan dah..terus lintas je..Nanti motor-motor akan elak-elak je masa kita melintas tu..Kalau tunggu tak melintas la jawabnya..Aku keluar pagi, tengahari dah boleh habiskan tempat-tempat pelancongan yang ada..Usai solat zohor aku jalan-jalan ke Ben Thant Market..Pasar ni buka sampai pukul 5 ptg je..sebelah malam diorg akan sambung berniaga di luar pasar..kira pasar malam la..harga lagi murah..hehe..Aku cuma beli kain cotton pasang dan buat sepasang baju vietnam..Nak membeli kena pandai tawar..Korang tawar la sampai dah tak boleh tawar..baru puas hati..

Ni dekat War Remnants Museum
Motor merupakan pengangkutan yang utama di Ho Chi Minh
Reunification Palace - Kediaman presiden Vietnam
Notre Dame Cathedral - Gereja senibina Perancis
Saigon Central Post Office

Orang cakap kalau tak datang sini tak wajib - Tapi aku tengok biasa je..hehe

Papa dan Mikhail yang masih demam - Duk hotel tak nak..keluar jalan-jalan diam je budak ni.


Hari Ketiga - Oke..Cuma yang ni aku kena amik tourist guide.Sebab aku nak ke Chu Chi Tunnel.Terowong laluan masa Perang Vietnam dulu..Amik pun sebab tempat dia agak jauh.2 jam perjalanan baru sampai..On de way tu ade la dia beberapa perhentian..Sampai petang gak la..Malamnya macam biasa, jalan - jalan kat Pasar Malam Ben Thant lagi..Gigih jalan - jalan..sempat lagi pekena kopi Vietnam..oh ya..satu lagi yang paling best kat sini adalah Pho'. Pho' ni macam mee hon sup la kalau kat malaysia..tp Pho' Vietnam ni sedap.hehe.

Ni la kopi Vietnam.Cara penyediaan pun lain dari yang lain.

Tengok je.Beli tak.haha

Sib baik demam Mikhail dah kebah time ni.

Tempat rehat tentera Vietnam - P/S dalam tunnel ni tau..huhu


And hari keempat aku dah balik dah..Tapi memandangkan flite aku kul 2pm, jadi sempat lagi aku jalan-jalan sekitar bandar Ho Chi Minh tu.Aku pegi Russian Market dan Skydeck - Bitexco Financial Tower tuk tengok pemandangan Bandar Ho Chi Minh dari atas..Tapi dua tempat ni aku tak suggest la untuk korang pegi sebab tak de apepun..

Sempat lagi posing kan..
Penat cari Market ni.Tapi sayang sebab barang yang dicari tak jumpa.
Next vacation tak tau lagi nak pegi mana..Kena tengok kewangan dulu..hoho..

Thursday, September 26, 2013

"Back In Time" Dinner

Assalamualaikum

25-9-2013 baru baru ni, company aku ade buat annual dinner. Ramai juga yang hadir malam tu. Ramai yang aku tak kenal. Ye la. Baru 2 tahun aku keje dengan IJM ni. Kenal pun kengkawan Seremban 2 ni je.Ahaks..Tema tahun ni adalah Back In Time 70s & 80s. Tema ni sempena ulang tahun IJM yang ke 30.Maksudnye IJM ni dah pun 30 tahun..Dah banyak divisyen yang ada dalam company ni. ramai yang pergi dan ramai juga muka muka baru..contohnye aku la..ahaks.

Sebenarnya aku mengalami kesukaran untuk memilih pakaian yang sesuai untuk majlis tu..After discussed dengan kengkawan,kami sepakat untuk pakai baju kurung..kan dari dulu sampai sekarang baju kurung merupakan baju tradisi kita..cuma paten berbeza..ade yang pakai kebaya, peplum..aku pulak lebih senang dengan dengan baju kurung moden..Baju tu plak baju kegemaran aku..Designed by Jovian Mandagie.

Malam dinner tu ade artis jemputan.Ferhad & Helmi gimik..Tak sangka ye Helmi gimik pandai berbahasa kantonis dan tamil..Rasa kagum bila tengok dia berbicara dan melawak dalam pelbagai bahasa..No wonder la orang cakap dia selalu dapat undangan ke majlis majlis begini. Bagus kan.

Ok..Ni je gambar yang sempat aku snap masa dinner tu.





Tuesday, September 10, 2013

Treasure Hunt 2013

Assalamualaikum..


Ahaks..Dah lama aku tak hapdate blog ni..bersawang-sawang dah haih..ahaks..al maklum la..busy katakan..busy ape aku pun tak tau..

Bersiap siap untuk mencari jawapan..
Hokeh..Ini cerita tentang company treasure hunt dari KL ke Penang..Tahun lepas ke Melaka tapi tak sempat join..Aku join dengan ofismate aku..kira 1 kereta 4 orang..tapi kami semuanya pompuan tau..yang jadi driver nye aku ler..ahaks..mau tak sakit 1 badan bawa keta jauh2.. bukannya direct ke penang tau..kene masuk pekan Bidor, pekan Tapah lagi..yang jadi co pilot tu penting sebab dia kene baca ‘Tulip’ aka direction..kalau tak pandai baca sesat la jawabnya..so far co pilot aku bagus..bacaan tepat..kenapa diorang panggil tulip pun aku tak tahu..tapi soalan dia mencabar minda betul..yang jadi susah sebab nak kene tengok setiap papan tanda kedai satu persatu..banyak kot kedai2 tepi jalan..hadoi..then passenger yang kat belakang pun penting sebab diorang la kene jawab dan fikir soalan-soalan yang diberi..

 
Pukul 7 pg kami dah berlepas..sempat la snap gambar sebelum berlepas tu..ahaks..Last terminal kami dekat Sg Bakap je..lepas hantar semua soalan-soalan, kami terus gerak ke Penang Island..Kami bermalam di Rainbow Paradise Resort.. Berbaloi la penat kami.. sebab hotel dia chantekk..ahaks..


Window shopping..
Sebelah malam pula ada BBQ dan acara penyampaian hadiah untuk pemenang.. walaupun kami tak menang, at least dapat juga voucher.. Habis je BBQ tu kami jalan-jalan kat Batu Feringghi Night Market.. Orang cakap now musim pak arab shopping kat sini..patut la ramai betul pak arab kat sini..barang-barang kat nite market ni pun mahal2.. handbag rm50 yang kita selalu tengok kat uptown cheras tu boleh cecah rm200 tau..terbeliak biji mata nengoknye..

Esoknya..sebelum bertolak kami sempat jalan jalan kedai asam, Geogetown, Royal Selangor Gallery..Jauh tu pergi tengak gallery pewter..Padahal yang ada kat Selangor ni tak de plak pergi..hoho..Agak lewat juga sampai ke KL sebab kami bertolak pulang pun dah petang..
   

***Penattpseronok***

Friday, June 28, 2013

Plasenta Previa



Assalamualaikum..

Hai deary friends out there..Kali ni aku ceritakan pengalaman aku during my pregnancy..Masuk minggu ke 20, doktor sahkan kandungan aku Low Lying Placenta…sampai la minggu ke 30..it become Placenta Previa Type 2..Keadaan ni berlarutan sampai la aku bleeding..first time bleeding at 31st weeks..bila pegi hospital terus kena tahan..tinggal la kt sana seminggu..lepas seminggu tu aku bleeding lg..tapi kali ni darah yang kluar tu macam air paip..Tuhan je tau camne perasaan aku masa tu..takut, gementar..sume ade..terus je kena hantar masuk labour room..bila duk kat sana plak..doktor tak kasi bergerak turun dari katil..3 hari tau..sakit badan sangat2..tidur pn x lena..sbb bila gerak skit terasa darah kuar..

Korang nak tau ape Placenta Previa? Kat sini aku kongsikan skit dengan korang.

Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk.

Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh. Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.

Aku punya gambar yang tengah tu.

Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis.

-         Plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui       vagina.
-         Bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.
-    Plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
-    Plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

At last..aku terpaksa dibedah memandangkan ade contraction..doktor bimbang bleeding akan lebih teruk kalau aku tak dibedah..tambahan pula dah confirm tak boleh bersalin normal..Apepun..bersyukur sangat sebab dapat lahirkan bayi yang sihat walafiat..



Friday, June 7, 2013

Cerita Mikhail

Assalamualaikum..

Wahh..dah lama betol aku x update blog ni..huhu..asyik baca yang kengkawan punye je..yang kita punyer dibiar bersawang..Al maklum la..sejak bersalin ritu ade je halangan nk menaip cerita terbaru..cerita banyak..huarghh..

Wokeh..entry kali ni aku nk perkenalkan baby aku..Nama diberi Mikhail Muhammad Fakhry Bin Md Syafik Wazan..huish..pjg bebenor namenye..My Mikhail ni lahir premature at 32 weeks sbb aku ade Placenta previa  Type 2..so warded la 2 weeks kat NICU..nak buat camne..dah nk keluar awal..pucat muke kau bila tengok darah mengalir mcm air paip..Walau camnepun, Mikhail lahir dengan cukup sifat dan sihat..cuma kecik je..1.89kg je..Nak pegang pun takut..kicik shangat..

Now..Mikhail already 4 months..dah pandai senyum..dah pandai tegur mummy dan papa dia..kami gembira sangat dengan perkembangan dia..ahaks..tak susah nak jaga mikhail..dia tak banyak kerenah..bangun malam pun cuma nak susu..lps minum sambung tido balik..ape lagi..sedap la mummy ngn papa dia tidoq..ahaks..tapi pagi mummy siap-siap nak pegi keje, dia pun bangun gak..macam orang dewasa je gayenye..

Kat sini aku upload gambar mikhail start from day 1 until 4 months - Click -